Jumaat, 14 Disember 2012

APA BUKTI CINTA KITA KPD ALLAH??

Assalamualaikum w.b.t..
Alhamdulillah...arini merupakan tarikh yg sgt cantik dalam kalendar hijrah..berlaku hanya 100 tahun sekali...1 Safar 1434... 1234...cantik kann??Subhanallah..bukan tarikh masihi je cantik..tarikh hijrah pon cantik jugak..ye x??

Hihi..bha..arini nak share berkenaan APA BUKTI CINTA KITA KPD ALLAH??...ok,,sy dapat info nie dari artikel2 terdahulu yg pernah sy baca n dikukuhkan lg dari buku karya Hilal Asyraf...jom review!! ^___^

1) CINTA KEPADA KEMATIAN
2) BERJIHAD DI JALAN ALLAH
3) MENUNDUKKAN HAWA NAFSU
4) SENTIASA BERZIKIR KEPADA ALLAH SWT
5) BERMUNAJAT KEPADA ALLAH
6) TIDAK BERDUKA DENGAN KEHILANGAN SESUATU
7) NIKMAT MELAKSANAKAN KETAATAN
8) MENJALIN KASIH SAYANG SESAMA MAKHLUK
9) TAKUT BERPALAING DARIPADA ALLAH

*nak tau detailnya bagi setiap 1 bukti nie??boleh mr.google...ehe...

p/s: adakah kita mempunyai at least 1 daripada bukti-bukti ini??Renung-renungkan.... Ingatan buat diri sendiri jugakk...:)

Rabu, 12 Disember 2012

MY LONG TERM GOALS~~

Assalamualaikum w.b.t...
Ok..sgt lama dah x update blog nie..tetibe ari ni rasa rajin plak nak update blog bersawang nieh...

Bha..lets do some list of what long term goals i wanna achieve in life...

 1) earn jannah..^___^ (menggapai mardhatillah)
2) makes my parent happy n proud of me....:) (they are my love~~)
3) marry a good man... (who can guide me,,teach me n love me d way i am...)

p/s: nie cuma goals secara briefly..kalau goals2 yg secara detail,,boleh rujuk post2 sebelum nie...insyaALLAH,,masih lg dalam perjalanan menggapai redha Allah...Semoga dipermudahkan...:)

Rabu, 15 Ogos 2012

All About Me~

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t..
Dah berbulan-bulan x update blog nie..Kesian dia,,bersawang-sawang sudah...:)
Busy memanjang (konon) ^__^ 
Alhamdulillah..masih diberi ruang dan peluang utk bernafas di muka bumi Allah ni...:)
Sekarang dah nak abes RAMADHAN dah...T___T 
Ramadhan,,kedatanganmu kurai,kepergianmu ku tangisi...



Preparation untuk raya?? x ready apa-apa pun..
Tahun nie persediaannya biasa-biasa jerr,,xde yg luar biasa..
28 Ogos 2012 dah balik UMS semula..huhu... 
T___T dan bermulalah perjuanganku sebagai seorang pelajar kembali...Sekarang pulak dah start buat bisnes Takaful secara part time...insyaALLAH..doakan yekk..^__^


How I start this great business??
Ada seorang akhi yg mmg rapat dgn sy yg memperkenalkan bisnes nie...:)
Seriously,,takaful sgt2 membantu kita n at the same time,,kita boleh bantu org...GREAT kann??
Sebelum terima tawaran daripada Prudential BSN Takaful ni,,sy dah survey beberapa takaful lain..
Tp,,apa yg sy nampak dan kaji,,plan takaful ni lah yg terbaikk....
Ya Allah,,permudahkanlah perjalanan hidupku ni....:)

N kalau sesiapa nak tahu pasal pelan takaful yang terbaik nie...nak dgr sharing drpd sy,,boleh hubungi sy tru my email : afifah.shah91@gmail.com ataupun contact sy tru fb : https://www.facebook.com/afifahshah91

p/s: tetibe berbisnes plak kat sini..hihi....salam ukhuwah fillah semua!!:)

Wassalam..... 

Rabu, 1 Februari 2012

Misi seorang AFIFAH..

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..dah masuk bulan Februari dan dah masuk bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW..Rebutlah Rabiulawal dgn memperbanyakkan selawat...mudah je kan nak dpt pahala??^^..Subhanallah...Allah Maha Pemurah...:)..dgn mengingati kekasihNya sahaja,,kita dapat byk pahala..berganda2 lagi...



Hari ni sy nak share pasal dakwah n bisnes (pelajaran tetap menjadi keutamaan)...Hihi..Dah lama sebenarnya menyimpan impian untuk berbisnes sambil berdakwah..tp setiap kali mengejar impian tu,,seolah2 menemui jalan buntu...
Istimewanya kali ni sy memasang impian dan impian tu bakal menjadi kenyataan...InsyaALLAH..semoga Allah permudahkan urusanku...:)
Sy bercita-cita untuk menubuhkan sebuah pusat pengajian Al-Quran..x kisah la menggunakan teknik pembelajaran yang bagaimana,,yg penting,,sy dapat berbakti menggunakan ayat Allah...
Alhamdulillah,,doa sy dimakbulkan Allah apabila mengikuti kursus perunding Al-Quran menggunakan teknik Al-Baghdadi..Ya ALLAH,,betapa bersyukurnya saat itu bila sy dipilih utk menyertai kursus tersebut secara percuma...

nak tahu lebih lanjut mengenai Al-baghdadi method??sila klik pada logo di atas...:)

Itu baru peringkat pertama,,seterusnya untuk membuka pusat pengajian Al-Baghdadi memerlukan modal yg sangat besar..jadi sy tangguhkan dulu niat sy memandangkan masih lagi menuntut dan tidak mempunyai sumber kewangan yg betul2 kukuh dan masa yg sgt terhad...
Namun Allah Maha Besar...Doa sy dijawab apabila akhi yg sy kenali di kolej juga mempunyai misi dan visi yang sama dan ingin menjadi rakan kongsi membuka pusat pengajian tersebut...Subhanallah...
Sekarang ni,,apa yg perlu sy lakukan hanyalah mencari modal dan insyaALLAH,,impian sy akan direalisasikan..:)..Moga Allah permudahkan jalan dakwahku ini...
Masih banyak lagi masyarakat Sabah yg tidak berpeluang belajar dan mengenal Al-Quran...Sy berharap dgn usaha yg tidak seberapa ni,,sy mampu untuk menyebarkan dakwah islamiah di Sabah...
Akhir kata,,doakan sy terus berjaya mencapai matlamat dan mengejar cita-cita yang diimpikan...^^



Next mission:

1. Merealisasikan impian keluarga dengan mendapat keputusan yg cemerlang...:) 
2. Membuka pusat pengajian Al-Quran di Sabah
3. Meluaskan dakwah di bumi Sabah

p/s: memerlukan sokongan dan dorongan dr keluarga dan sahabat
p/ss: doakan sy tidak pernah mengenal erti putus asa...^^

Wassalam....


Peringatan buat kaum ADAM...

 jgn pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia, 


 jgn buat wanita tu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia,


 
 jgn memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti,


 
 jgn sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya,


 
 jgn mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya... 

HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya... 

-Ustaz Azhar Idrus-

p/s: utamakan cinta Allah dan Rasulullah...^^

Isnin, 30 Januari 2012

Share pasal bertunang~~

Assalamualaikum...
Apa khabar semua? Apa khabar imanmu?? okelah..nampaknye,,ade sahabat sy yg tanye pasal bertunang,,tempoh yg dibolehkan n macam mane nak tunang??ehh,,tanye sy??hihi..xpe2.. meh,,kat sini sy jelaskan pasal tunang..tp bukan sy laa yg buat artikel nie...

Nie copy paste drpd laman web www.pakarcinta.com~~Bagus blog nie untuk mereka yg bercinta..hee~~k..jom bace pasal bertunang2 di bawah nie ye..:)
BERTUNANG
Hukum bertunang disebut oleh para ulamak sebagai SUNAT, meskipun ada juga ulamak yang menghukumnya sebagai HARUS. Bermakna, amalan tersebut digalakkan di dalam Islam demi mencapai Maqasid(tujuan) yang tertentu.
Apabila kita melihat kepada hukum, maka kita juga perlu meneliti kepada maqasid ataupun hikmah di sebalik hukum tersebut. Dari situ, barulah kita akan jelas dengan apa yang perlu kita lakukan.
Bertunang, ada tujuan dan hikmahnya yang tersendiri. Antara tujuannya adalah supaya kedua-dua pasangan boleh mengambil sedikit masa untuk bersedia (mental dan fizikal) serta mengambil peluang untuk mengenali antara satu sama lain, sebelum melangkah ke alam perkahwinan.
Antara lain, tujuan bertunang itu juga adalah supaya keluarga kedua-dua belah pihak dapat membina hubungan sebelum bergelar besan. Kita selalu dengar orang tua-tua menyebut; apabila kita berkahwin, kita bukan berkahwin dengan lelaki atau wanita itu sahaja, tetapi kita juga berkahwin dengan keluarganya sekali.
Bermakna, proses ta'aruf itu sangat penting. Sebab itu, dalam misi mahu bertunang ini, apabila seorang lelaki sudah bertekad mahu mengambil wanita itu menjadi isterinya, maka dia diharuskan untuk melihat wajah dan tangan wanita tersebut.
Dalam hal ini, tiada istilah "malu-malu" atau "aurat". Semua itu, tujuannya adalah supaya si lelaki beroleh momentum tersendiri untuk menuju perkahwinan.

BAGAIMANA PERTUNANGAN BERLAKU?
Pertama sekali, kita perlu membezakan antara amalan dalam masyarakat yang dipanggil sebagai uruf (adat) dan juga konsep sebenar amalan tersebut mengikut syarak. Dalam bab pertunangan, ia tidak berhajat kepada majlis besar-besaran atau hebahan seumpama mahu bernikah. Ia juga tidak memerlukan kepada hantaran, dulang-dulang dan sebagainya.
Pertunangan itu secara mudahnya adalah lamaran seorang lelaki ke atas seorang wanita untuk dijadikan isterinya. Sebagai contoh:
Ali: Saya sudah membuat keputusan dan berfikir masak-masak, saya mahu melamar awak untuk dijadikan isteri saya serta ibu kepada anak-anak saya nanti.
Fatimah: Saya terima dengan hati yang terbuka dan semoga Allah permudahkan urusan kita.
Itu contoh bagaimana pertunangan berlaku. Tetapi perlu diperhatikan juga beberapa perkara: Antaranya , wanita tersebut perlulah seorang yang sudah matang dan berkelayakan untuk membuat keputusan.
Kalau masih dirasuk jiwa remaja dan angin cinta entah dari mana, maka jawapan dari si wanita atau si gadis dianggap tidak layak. Maka sebaiknya, melamarlah terus kepada bapa atau ahli keluarga si wanita tersebut, jika benar-benar ikhlas dan serius.
Apabila lamaran diterima, maka mereka berdua dianggap sah menjadi tunangan masing-masing, samada diketahui orang ataupun tidak, dan si lelaki atau wanita tidak boleh dipinang lagi oleh orang lain selagi mana ikatan pertunangan itu masih berlangsung.
Ini kerana ia merupakan "perjanjian", maka ia perlu dijaga sebagai satu amanah dan tidak boleh dikhianati. Kerana itu, Nabi s.a.w mengharamkan pinangan atas pinangan.
MASALAH DALAM PERTUNANGAN :
(1) Bercouple
Sebenarnya, terlalu banyak masalah yang berlaku melibatkan hal ehwal pertunangan ini. Pakar Cinta pernah menulis salah satu masalahnya ialah bertunang tetapi bercouple.Sedangkan hakikatnya, dalam pertunangan si lelaki tidak ada hak langsung ke atas si wanita melainkan ikatan atau "perjanjian" tersebut sahaja.
Tetapi dalam bab keluar bersama-sama tanpa mahram, berdua-duaan dalam kereta, keluar pagi balik petang, menghantar mengambil dari tempat kerja, tinggal bersama-sama dan segala jenis perbuatan seumpama itu yang lain, maka hukumnya adalah HARAM.
Anehnya, masih ramai yang menyangka diri mereka mempunya hak ke atas tunangan masing-masing, sehingga kehidupan mereka tidak ubah seperti suami isteri walaupun masih belum berkahwin.
Ibu bapa pula ramai yang menjadi dayus dengan membiarkan sahaja anak gadis mereka keluar berduaan bersama tunangan masing-masing dengan alasan "mereka sudah bertunang".
Sedangkan dalam tempoh bertunang itu, si gadis masih berada di bawah tanggungjawab walinya, justeru tindakan membiarkan si gadis tenggelam dalam maksiat itu adalah tindakan tidak bermaruah dan walinya dikira sebagai dayus.
jom kejar cinta yang HALAL..:)
(2) Tempoh
Seperti yang Pakar Cinta sebutkan di awal artikel ini, terlalu ramai orang yang bermudah-mudah dalam bab pertunangan tetapi tidak serius dalam misi mahu berkahwin.
Keadaan ini bertambah buruk apabila keluarga masing-masing terlalu mendewa-dewakan adat ataupun membesarkan-besarkan perkara materialistik sehingga mengabaikan nilai beragama dalam diri anak masing-masing.
Mereka sudah suka sama suka, keluarga juga sudah berkenan, lalu diatur majlis pertunangan. Tempoh bertunang diletak sehingga 3-5 tahun semata-mata beralasan supaya mereka bersedia, ada kerja, ada rumah, ada kereta dan sebagainya.
Lalu dalam tempoh tersebut, anak masing-masing dibiarkan berhubung sebagaimana layaknya pasangan bercinta- atas alasan supaya lebih kenal mengenali- dan dibiarkan keluar ke mana sahaja yang mereka suka atas alasan supaya membina rasa tanggungjawab dan persefahaman.
Lebih parah, ada juga ibu bapa yang langsung tidak risau kiranya anak mereka itu terjatuh ke kancah zina, kerana beralasan ; mereka sudah bertunang dan akan datang pun, tetap juga menjadi suami isteri. Sesungguhnya, amat tebal kejahilan mereka tentang qadha’  qadar dan percaturan daripada Allah.
Tanya kembali kepada diri, adakah itu maqasid/ tujuan / hikmah Allah mensyariatkan pertunangan? Supaya berlaku zina? Mukaddimah zina? Boleh bercinta sebebas-bebasnya? Boleh berduaan ke mana suka? Boleh lakukan apa sahaja?

(3) Jahil atau Tidak Serius
Mereka tidak tahu kenapa mereka bertunang. Sama juga isunya, lelaki dan wanita bertunang atau mahu bertunang, tetapi langsung tidak mengambil berat kenapa mereka bertunang. Adakah hanya semata-mata suka? Adakah hanya semata-mata mahu "chop" si gadis dari disambar orang lain?
Bahkan tidak pelik, terlalu ramai orang yang bertunang tetapi masih tidak tahu hukum berkahwin padanya itu samada wajib, sunat ataupun makruh. Isu kahwin enggan difikir, lantaran merasa selesa dengan tempoh bertunang yang sebegitu lama. Seronoklah masing-masing bermain cinta, dengan menggunakan tiket agama!
Akhirnya Syaitan mendominasi rasa, terbuai hanyut entah ke mana, lalu jadilah mereka mangsa kepada nafsu durjana. Rasa bersalah mula mengisi jiwa, perasaan terhadap pasangan mula hambar tidak seperti mula-mula, akhirnya dengan mudah mengungkap kata ; awak, baik kita putus tunang saja.
Masa bercinta semuanya indah belaka, bila sampai bab tanggungjawab semua benda jadi keruh belaka. Alasannya ; masih belum puas enjoy zaman remaja!

(4) Putus Tunang
Mengapa saya sebutkan ini sebagai salah satu masalah dalam pertunangan? Sebab fenomena malang inilah yang seringkali berlaku kepada pasangan yang bertunang akibat daripada :
1- Tidak faham mengapa mereka bertunang.
2- Tidak menjaga ikhtilat (perhubungan) semasa bertunang.
3- Tidak benar-benar ikhlas dan serius mahu bernikah.
4- Tempoh bertunang yang terlalu lama.
Cuba anda fikir, dalam bab putus tunang ini sahaja, berapa banyak malapetaka yang berlaku?
Malapetaka pertama , sudah tentulah isu perasaan. Kecewa, tertekan, putus asa dan malu, lebih-lebih lagi kalau bertunang riuh sekampung. Malapetaka kedua, tertutup ruang dan peluang bagi lelaki yang lain untuk masuk melamar si wanita.
Contoh situasi yang banyak berlaku:
Bertunang 5 tahun. Tahun pertama ok, tahun kedua mula ada masalah sikit, tahun ketiga mula rasa hambar. Belum sampai tahun kelima.
Dalam tempoh tersebut, katakan si wanita benar-benar mahu berkahwin. Dia sudah betul-betul bersedia untuk menjadi isteri orang dan dia juga benar-benar tidak suka dengan ikhtilat yang tidak terjaga dalam tempoh bertunang.
Tetapi apabila diajak berbincang untuk mempercepatkan pertunangan, si lelaki berdolak dalih dengan pelbagai alasan. Tidak bersedia, mahu kukuhkah ekonomi, perlu fokus kerja dan macam-macam lagi.
Akhirnya si wanita terpaksa menunggu dan terus menolak lamaran demi lamaran dari lelaki lain dalam tempoh tersebut, semata-mata kerana statusnya yang sudah bertunang.
Masuk tahun keempat, si lelaki terjatuh hati dengan wanita lain. Berlaku konflik antara mereka dan si lelaki dengan mudahnya memutuskan pertunangan. Jadi siapa yang merana?
Itu satu contoh malapetaka yang seringkali berlaku dalam bab pertunangan, di mana punca terbesarnya adalah faktor MASA.
JIKA DILAMAR
Saya mahu sebutkan beberapa perkara kepada wanita terutama yang belum dilamar.
Pertama : Anda mempunyai nilaian yang mahal. Mahal anda bukan kerana rupa, tetapi kerana agama dalam diri anda. Akhlak, peribadi, budi bahasa dan kebaikan yang ada pada diri anda adalah satu "seni" paling unik yang sekaligus menjadikan anda punya nilai yang mahal.
Kedua : Disebabkan anda mahal, jangan beri peluang untuk lelaki "murah"kan anda. Caranya, jangan buka hati kepada lelaki murahan. Lelaki murahan itu bagaimana?
Antaranya lelaki yang hanya tahu bermadah cinta, tetapi langsung tidak dewasa (tidak matang), lelaki yang hanya mahu suka-suka tetapi tidak serius mahu memimpin kita (menjadikan isteri) dan lelaki yang mudah mengajak kita bertunang tetapi begitu susah mengajak kita berkahwin.
Ketiga : Anda sesungguhnya tidak tahu siapakah lelaki yang terbaik untuk anda. Tetapi DIA Maha Tahu. Jadi, apabila anda telah bersedia untuk menjadi suri kepada seorang lelaki, mohonlah pada DIA lelaki yang terbaik untuk anda.
Jangan ikat diri anda dengan seorang lelaki yang sengaja menyimpan anda lama-lama, kerana anda sendiri tidak tahu adakah lelaki itu benar-benar bakal menjadi suami anda ataupun tidak. Terlalu banyak tragedi sekeliling anda yang boleh dijadikan iktibar.
Keempat : Bincang dengan mak dan ayah, jika seorang lelaki masuk melamar atau mahu bertunang, tempohnya hendaklah tidak lebih dari setahun. Ini pendapat peribadi saya sahaja. Saya merasakan, pertunangan dalam tempoh yang lama itu lebih banyak membawa mudharat dari manfaat.
KESIMPULAN
Bertunang itu maqasidnya jelas, maka fokuslah kepada maqasid tersebut. Jangan jadikan pertunangan sebagai tiket untuk melambat-lambatkan pernikahan sekaligus melengah-lengahkan masa untuk memikul tanggungjawab.
Jangan ambil kesempatan bertunang untuk bermain cinta, kerana sesama tunang tidak ada bezanya dengan bukan tunang. Kalau perlu kepada bertemu atau berbincang, bawalah mahram bersama.
Tetapi praktikalnya, mungkin terlalu jarang berlaku di mana tunangan keluar dengan membawa ayah atau abang mereka bersama. Mereka kononnya mahukan privacy. Akhirnya, privacy makan diri.
Justeru, timbang-timbangkanlah segala perkara yang disebutkan ini dan tanyalah kembali kepada diri masing-masing, perlukah anda bertunang? Jika perlu, kenapa ? Kemudian, berapa lama? Kemudian, adakah target untuk bernikah benar-benar telah menjadi fokus utama?
Buatlah keputusan yang terbaik untuk diri dan agama, juga untuk masa depan anda di akhirat sana. :)
p/s: ada cadangan or idea utk sy wat cerpen x??nak asah balik bakat yg terpendam~~ecece...
p/ss: janji nak post pasal motivasi2 kan..dah lari topik dah ni..huhu..insyaALLAH,,akan diusahakan..but first,,kene motivasikan diri ni dulu..^^
Wassalam....

Sabtu, 28 Januari 2012

sweet~~

Assalamualaikum...
Hari ni nak share video kat facebook..
Sgt sweet..sesuai untuk mereka yg bercinta but still menjaga batasan...
lagu ni dibuat hasil inspirasi daripada puisi karya Hilal Asyraf bertajuk "Awak,kita ni bercintakah?"..
Hayati ye~~
 sila tekan link di bawah



Jom share sikit ape yg Hilal Asyraf tulis dalam fesbuk nye...Apa pendapat anda??


Cinta ini usaha.

Kita usaha.


Jodoh itu di tangan Allah.

Kita usaha pergi ambil dari tangan Allah.
Siapa pun takkan mampu kata "dia itulah jodoh yang sebenarnya" hatta kepada isterinya sendiri. Kerana jodoh itu di tangan Allah. Kita usaha sahaja. Sebab itu sebelum kahwin, selepas kahwin, kita terus berusaha dan berusaha.

Kalau benar kita sekadar menunggu sahaja dalam urusan cinta ini, sekadar pendam sahaja, 'menanti awak yang telah tertulis di lauh mahfuz sana', maka saya percaya tidak akan ada sabda Rasulullah SAW berkenaan carilah perempuan itu berdasarkan agamanya, dan firman Allah SWT yang menyatakan hamba perempuan mu'minah itu lebih baik dari perempuan musyrik walau perempuan musyrik itu menakjubkan. Jelas Allah SWT dan Rasulullah SAW sendiri mengisyaratkan wujudnya 'pencarian', 'usaha'."

p/s: Cinta Allah tetap paling agung~~^^

pss: best gak kalau dapat puisi "Awak,kita ni bercintakah?" dr seseorang (ade ke??)..^^

Wassalam...
 

SoPan SaNtun.... Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Sponsored by Blogger Template Gallery