Sabtu, 28 Januari 2012

sweet~~

Assalamualaikum...
Hari ni nak share video kat facebook..
Sgt sweet..sesuai untuk mereka yg bercinta but still menjaga batasan...
lagu ni dibuat hasil inspirasi daripada puisi karya Hilal Asyraf bertajuk "Awak,kita ni bercintakah?"..
Hayati ye~~
 sila tekan link di bawah



Jom share sikit ape yg Hilal Asyraf tulis dalam fesbuk nye...Apa pendapat anda??


Cinta ini usaha.

Kita usaha.


Jodoh itu di tangan Allah.

Kita usaha pergi ambil dari tangan Allah.
Siapa pun takkan mampu kata "dia itulah jodoh yang sebenarnya" hatta kepada isterinya sendiri. Kerana jodoh itu di tangan Allah. Kita usaha sahaja. Sebab itu sebelum kahwin, selepas kahwin, kita terus berusaha dan berusaha.

Kalau benar kita sekadar menunggu sahaja dalam urusan cinta ini, sekadar pendam sahaja, 'menanti awak yang telah tertulis di lauh mahfuz sana', maka saya percaya tidak akan ada sabda Rasulullah SAW berkenaan carilah perempuan itu berdasarkan agamanya, dan firman Allah SWT yang menyatakan hamba perempuan mu'minah itu lebih baik dari perempuan musyrik walau perempuan musyrik itu menakjubkan. Jelas Allah SWT dan Rasulullah SAW sendiri mengisyaratkan wujudnya 'pencarian', 'usaha'."

p/s: Cinta Allah tetap paling agung~~^^

pss: best gak kalau dapat puisi "Awak,kita ni bercintakah?" dr seseorang (ade ke??)..^^

Wassalam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 

SoPan SaNtun.... Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Sponsored by Blogger Template Gallery